Wednesday, August 4, 2010

Selamat hari Kemerdekaan ke 53

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA kita dapat mengecapi satu kehidupan yang harmoni, aman makmur dan sejahtera hari ini walaupun negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti melayu, cina, india dan lain-lain serta mempunyai pelbagai budaya dan agama.
Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini adalah hasil usaha gigih pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Oleh itu, kita sebagai generasi baru hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini.
Tanpa kita sedari, kini kita sudah berada di dalam bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair yang tercinta. Seperti biasa apabila tibanya bulan ogos, satu tema dicipta setiap tahun bagi Sambutan Hari Kemerdekaan sesuai dengan matlamat dan halatuju negara.
Sehubungan dengan itu, tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan mulai 1 Ogos hingga 16 Sept ini.Walau apa pun pengisian yang bakal di terjemahkan nanti matlamatnya adalah untuk menerapkan nilai-nilai patriotisme Rakyat Malaysia terhadap Tanah air yang tercinta ini. Nilai2 patriotisme sebenarnya adalah kunci kepada PERPADUAN seluruh Rakyat Malaysia tampa mengira Agama, bangsa dan fahaman politik. jika nilai2 patriotisme ini tidak dapat di hayati oleh sebilangan Rakyat Malaysia maka sudah pastinya mereka2 inilah yang akan menjadi "Duri dalam Daging" yang akan meranapkan sama sekali PERPADUAN Rakyat Malaysia serta akan menghuru-hara kan Kestabilan Negara.Marilah kita hayati tema-tema yang terdahulu ....
Tahun
Tema
1970
Muhibah dan Perpaduan
1971
Masyarakat Progresif
1972
Masyarakat Adil
1973
Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975
Masyarakat Berdikari
1976
Ketahanan Rakyat
1977
20 Tahun Bersatu Maju
1978
Kebudayaan Seni Perpaduan
1979
Bersatu Berdisiplin
1980
Berdisiplin Berbakti
1981
Berdisiplin Berharmoni
1982
Berdisiplin Giat Maju
1983
Bersama ke Arah Kemajuan
1984
Amanah Asas Kejayaan
1985
Nasionalisme Teras Perpaduan
1986
Bangsa Tegas Negara Teguh
1987
Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989
Bersatu
1990
Berjaya
1991
Wawasan 2020
1992
Wawasan Asas Kejayaan
1993
Bersatu Menuju Wawasan
1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995
Jatidiri Penggerak Wawasan
1996
Budaya Penentu Kecapaian
1997
Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999
Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006
Keranamu Malaysia
2007
Malaysiaku Gemilang
2008
Perpaduan Teras Kejayaan
2009
1Malaysia-Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiutamakanTema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”.Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan khibarkan lah Jalur Gemilang menandakan anda adalah rakyat Malaysia yang ada nilai2 patriotisme.......

No comments:

Post a Comment