Tuesday, August 10, 2010

Rapat Anak Muda PKR gerakan baru AMK...

Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin kini sedang giat menjalankan gerakan baru untuk mengumpul dan mencari penyokong baru PKR, khususnya golongan muda, agenda baru ini bagi mengantikan program2 yang tardahulu yang di lihat kurang berjaya menyakinkan generasi muda untuk menyertai perjuangan PKR...Menurut maklumat yang di terima dari geng2 PKR Johor, Rapat Anak Muda AMK ini hanyalah program untuk kepentingan politik Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk mendapat tempat dalam kepimpinan PKR pusat pada pemilihan PKR yang akan datang. Namun menurut mereka asas perjuangan dan idologi yang di terapkan dalam program ini tetap sama di mana Keadilan terhadap Pemimpin PKR iaitu DSAI perlu di perjuangkan.AMK kini dilihat semakin lemah dan terpaksa menjalankan program2 yang lebih kepada Khidmat Masyarakat. Sistem penyaluran maklumat AMK kian hari kian pincang dan banyak pengendali2 blog AMK sudah beralih arah. Kini nampaknya AMK terpaksa mencari pelapis2 baru bagi tujuan membina kembali kumpulan Bloger2 Mereka....lihat lah sahaja kehadiran yang datang pada sesi Rapat Anak Muda di Sempang Renggam sambutan yang di terima amat memilukan ....


Monday, August 9, 2010

Chua Jui Meng kini jadi PENIPU MELAYU...dan Anti Melayu..

Hakikatnya Datuk Chua Jui Meng yang pernah berada di dalam barisan kepimpinan BN dan pernah memegang jawatan Menteri di dalam Kabinet Kerajaan BN adalah seorang "PENIPU BESARKEPADA ORANG2 MELAYU" yang mana hari ini kulit Datuk Chua Jui Meng yang sebenar telah terserlah yang mana beliau secara terang2an meminta kerajaan Malaysia di bawah BN mengumumkan apakah HAK-HAK KEISTIMEWAAN BANGSA LAIN, menurut beliau jika Hak Keistemewaan Bumiputera telah termaktub di dalam perlembagaan selama 53 tahun maka hari Kerajaan sewajarnya menyatakan apa pula HAK-HAK KEISTEMEWAAN KAUM LAIN.....
Datuk Chua Jui Meng yang kini telah di lantik menjadi Pengerusi PKR Negeri Johor nampaknya telah berani mempersoalkan Perlembagaan Negara...maka memang Benar lah kata orang Datuk Chua Jui Meng sebenarnya bukan menjadi Pengerusi PKR Johor tetapi telah menjadi Agent yang di reka oleh DAP untuk memastikan agenda penghapusan hak-hak bangsa Melayu...hari ini jelas Datuk Chua Jui Meng sebenarnya anti Melayu...... Ada di kalangan hadirin (Orang Melayu) yang turut hadir tersentap bila terdengar Datuk Chua Jui Meng berani meminta sedekian rupa...rungutan orang2 Melayu di luar majlis kedenaranya tidak berapa puashati dengan kenyataan Datuk Chua Jui Meng terhadap hak2 Kaum Bumiputera, melaui temubual dengan beberapa rakan2 melayu PKR dan PAS mereka meluahkan kekesalan terhadap kenyataan Datuk Chua Jui Meng ini....

Program Majlis Makan Malam Bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah yang telah di anjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah tidak mendapat sambutan yang di jangkakan (hanya sekitar 100 orang yang hadir) jangkaan mereka adalah 500 orang, kelihatan hanya pengikut2 tegar DAP, PAS dan PKR sahaja yang hadir....program ini juga tidak mendapat halangan dari pihak POLIS, hadir sama pada majlis ini ialah Ybhg. Datuk Zaid Ibrahim,Yb.Dr Dzulkefly Ahmad dan Prasiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah ...Kepada Rakan2 Melayu PKR dan PAS sedarlah bahawa Pengerusi PKR Johor adalah seorang Pemimpin yang hanya mementingkan Bangsa lain dan membawa idologi politik DAP....balik lah kepangkal jalan ...wahai anak2 bangsa ..






Wednesday, August 4, 2010

Selamat hari Kemerdekaan ke 53

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA kita dapat mengecapi satu kehidupan yang harmoni, aman makmur dan sejahtera hari ini walaupun negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti melayu, cina, india dan lain-lain serta mempunyai pelbagai budaya dan agama.
Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini adalah hasil usaha gigih pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Oleh itu, kita sebagai generasi baru hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini.
Tanpa kita sedari, kini kita sudah berada di dalam bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair yang tercinta. Seperti biasa apabila tibanya bulan ogos, satu tema dicipta setiap tahun bagi Sambutan Hari Kemerdekaan sesuai dengan matlamat dan halatuju negara.
Sehubungan dengan itu, tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan mulai 1 Ogos hingga 16 Sept ini.Walau apa pun pengisian yang bakal di terjemahkan nanti matlamatnya adalah untuk menerapkan nilai-nilai patriotisme Rakyat Malaysia terhadap Tanah air yang tercinta ini. Nilai2 patriotisme sebenarnya adalah kunci kepada PERPADUAN seluruh Rakyat Malaysia tampa mengira Agama, bangsa dan fahaman politik. jika nilai2 patriotisme ini tidak dapat di hayati oleh sebilangan Rakyat Malaysia maka sudah pastinya mereka2 inilah yang akan menjadi "Duri dalam Daging" yang akan meranapkan sama sekali PERPADUAN Rakyat Malaysia serta akan menghuru-hara kan Kestabilan Negara.Marilah kita hayati tema-tema yang terdahulu ....
Tahun
Tema
1970
Muhibah dan Perpaduan
1971
Masyarakat Progresif
1972
Masyarakat Adil
1973
Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975
Masyarakat Berdikari
1976
Ketahanan Rakyat
1977
20 Tahun Bersatu Maju
1978
Kebudayaan Seni Perpaduan
1979
Bersatu Berdisiplin
1980
Berdisiplin Berbakti
1981
Berdisiplin Berharmoni
1982
Berdisiplin Giat Maju
1983
Bersama ke Arah Kemajuan
1984
Amanah Asas Kejayaan
1985
Nasionalisme Teras Perpaduan
1986
Bangsa Tegas Negara Teguh
1987
Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989
Bersatu
1990
Berjaya
1991
Wawasan 2020
1992
Wawasan Asas Kejayaan
1993
Bersatu Menuju Wawasan
1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995
Jatidiri Penggerak Wawasan
1996
Budaya Penentu Kecapaian
1997
Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999
Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006
Keranamu Malaysia
2007
Malaysiaku Gemilang
2008
Perpaduan Teras Kejayaan
2009
1Malaysia-Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiutamakanTema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”.Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan khibarkan lah Jalur Gemilang menandakan anda adalah rakyat Malaysia yang ada nilai2 patriotisme.......

Monday, March 15, 2010

ROSMAH ‘ARAHKAN’ NAJIB SINGKIRKAN MUSA HASSAN!

OLEH SURIANI SURATMAN A.K.A PURDAH PUTIH


Sejak awal lagi apabila tercetusnya cerita mengenai Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara diarahkan untuk meletakkan jawatan, rakyat mudah mengagak bahawa arahan itu sebenarnya datang dari Isteri kepada Najib Razak sendiri, iaitu Rosmah Mansor (RM). Cumanya kali ini, RM terkena 'buku dengan ruas'.

Sehebat macamana sekalipun RM, dalam isu ini RM akan tidak selesa punggung menerima hakikat bahawa pengawal-pengawal peribadi UTK yang sering mengikut beliau ke mana sahaja adalah orang-orang Musa Hassan.

Sekalipun Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin yang merupakan sepupu Najib dalam Buletin Utama TV3 jam 8.00 Sabtu malam lepas tidak mengaku bahawa Musa Hassan telah diarahkan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara, peristiwa selepas pertemuan enam mata di antara Najib, Hishamuddin dan Musa sebenarnya membuktikan bahawa perkara itu sememangnya berlaku sepertimana dilaporkan akhbar Cina dan media alternatif.

Cerita yang disampaikan oleh barua-barua RM menyatakan bahawa Musa Hassan pada asalnya dijemput datang bertemu PM di atas alasan untuk membincang soal negara. Tetapi Musa kemudiannya terperanjat apabila diserahkan sepucuk surat melantik beliau sebagai Duta Malaysia di Brunei Darussalam. Tawaran tersebut ditolak oleh Musa tanpa mengetahui hujung pangkal alasan mengapa perkhidmatannya perlu diberhentikan segera.

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa Musa Hassan adalah satu-satunya Ketua Polis Negara sehebat Tun Haniff Omar. Kehebatan Musa berpaksi di atas kejayaannya menyatupadukan dan meraih sokongan kesemua ahli-ahli kontinjen-kontijen PDRM seluruh negara. Gara-gara sokongan itu jugalah, PDRM kembali bersemangat sehingga mengakibatkan kes-kes jenayah seluruh negara semakin menurun dan kes-kes politik sensasi termasuk kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjalan lancar dan seadil mungkin.

MUSA LEBIH CERDIK DARI GABUNGAN NAJIB - HISHAMUDDIN





Sememangnya Musa Hassan jauh lebih cerdik dari gabungan kecerdikan Najib dan Hishamuddin. Musa dengan tegas menyatakan keengganan beliau untuk meletakkan jawatan dan jika Najib-Hishamuddin mahukan beliau meletak jawatan juga, mereka perlu pecat beliau secara rasmi.

Keadaan ini telah menimbulkan rasa panik ke atas Najib dan Hishamuddin kerana sesungguhnya mereka tidak menyangka bahawa Musa Hassan akan bertindak seberani itu ! Lantaran mereka menggunakan alasan bahawa Musa tidak bertanggungjawab kerana ia akan mengakibatkan impak negatif sehingga akan menimbulkan kacau-bilau di tengah-tengah suasana feel good rakyat terhadap kerajaan BN.

Senario panik itu melarat selepas Musa keluar dari perbincangan tersebut. Sesungguhnya suami Najib, RM amat bengang dan kecewa dengan kegagalan Najib mempengaruhi Musa untuk melepaskan jawatan. RM amat berang sehingga mengambil tindakan untuk berhubung dengan rangkaian bloggers barua-barua beliau yang akhirnya membuat cerita rahsia ini terbocor keluar dari rangkaian yang dipercayai RM itu sendiri.


MUSA TIDAK MAHU BERKOMPROMI DENGAN ROSMAH

Kes Altantuya baru sahaja reda. Itu pun akhirnya mengakibatkan hukuman mati ke atas anggota-anggota PDRM sendiri. Buat kali keduanya, Musa masih terus berhadapan dengan kerenah RM dalam kes Liwat Anwar terhadap Saifol. RM memang benar-benar mahukan Anwar dipenjarakan. Kehendak ini melampaui batas sehingga RM sebelum ini memaksa Musa untuk berkompromi kedudukannya agar kes ini berakhir dengan kemenangan untuk BN.

Seperti diketahui umum, RM akan menggunakan apa saja untuk memenuhi kehendaknya. Malahan isteri RM, Najib pun sering dikuda-kudakannya untuk apa saja. Sepatutnya Najib yang kuda-kudakan RM di atas katil, tetapi ini sebaliknya. Hari ini, sudah menjadi mainan mulut rakyat bahawa jika kita ingin memperolehi kontrak dengan kerajaan, jangan mimpi dapat kontrak tersebut melainkan dengan RM, bukan Ringgit Malaysia tapi dengan memeterai perjanjian syaitan dengan Rosmah Mansor!

Sedarilah bahawa RM hanyalah manusia biasa yang sebenarnya lebih rendah dari purata ketinggian mana-mana rakyat Malaysia. Cumanya, persepsi yang diolok-olokkan oleh barua-barua RM yang membuat dirinya digambarkan seperti gergasi garang. Garangnya RM sehingga membuat ramai termasuk KJ dan angkatannya teragak-agak mengatur langkah untuk mengenepikan kuasa ilusi RM itu sekalipun beliau telah ditidakkan sebagai Menteri Kabinet disebabkan desakan RM dalam keputusan Najib.

RANGKAIAN BARUA-BARUA ROSMAH

Sejurus selepas pertemuan Musa Hassan dengan Najib dan Hishamuddin, RM telah menggunakan rangkaian barua-barua nya untuk melakukan serangan ke atas Musa Hassan yang berdegil tidak mahu melepaskan jawatan Ketua Polis Negara itu.

Wan Ahmad Shihab Ismail, Pegawai Khas PM telah dipanggil untuk menjemput sekumpulan bloggers dan wartawan melalui Dato’ Ainon Mohd, Setiausaha Akhbar TPM untuk mencapai dua objektif. Pertama, mempertahankan keputusan Najib agar Musa meletakkan jawatan. Kedua, melancarkan serangan fitnah melalui media perdana dan alternatif ke atas Musa Hassan habis-habisan.

Cerita di atas dikongsi di dalam suatu perbincangan tertutup yang diketuai oleh Wan Ahmad Shihab dan Dato’ Ainon yang berjalan selama dua jam lamanya. 8 orang bloggers hadir. 4 bloggers pulang selepas mendengar penerangan Dato’ Ainon dalam tempoh 10 minit pertama.

Hanya bloggers barua yang sudah bersumpah setia dan diberi makan oleh RM seperti Parpukari, BigDogDotCom, Husin Lempoyang, Another Brick In the Wall dilihat masih duduk mendengar khusyu' apabila bloggers lain meninggalkan perbincangan itu. Turut hadir adalah 2 wartawan NST (rakan karib Ainon), 2 Berita Harian dan 1 pegawai kanan tinggi TV3.





DUA BARUA UTAMA ROSMAH YANG MENERIMA GAJI BULANAN LUMAYAN




Wan Ahmad Shihab Ismail, Pegawai Khas kepada PM sehingga hari ini yang bekerja sejak Najib memegang kerusi TPM lagi.
Memang benar kata ulamak, iman sudah pasti tidak dapat diwarisi. Anak bujang terlajak kepada Dato' Dr Fatma El Zahraa, hos Arrayyan Astro Oasis ini adalah barua utama kepada RM.
Memang benar, Wan Ahmad Shihab dibenci malah disisih ramai kerana perangai pelik beliau yang selalunya berpura-pura sibuk berhampiran meja-meja rakan sekerja padahal memasang mata dan telinga untuk RM di pejabat Najib. SUSK dan Setpol Najib pun tidak tahan dengan perangai Wan Ahmad Shihab sehingga memaksa mereka tidak bebas bekerja bila beliau berhampiran dengan mereka.
Bukan hanya saja berbuat-buat sibuk memasang mata dan telinga untuk RM, Wan Ahmad Shihab ternyata mempunyai sifat feminin cemburu yang melampau terhadap orang-orang kesayangan Najib terutamanya Omar Ong. Wan Ahmad Shihab beriya-iya benar mencari jalan untuk menghalau keluar Omar Ong dari pejabat. Usaha beliau berjaya akhirnya.
Di sebalik tingkahlaku pelik beliau dan isu status bujang terlajak yang sering menjadi tanda tanya rakan sepejabat, Wan Ahmad Shihab juga bekerja sepenuh masa sebagai ‘posmen’ RM untuk bertemu RM siang, malam dan di tengah pagi bila diperlukan RM. Tugas beliau untuk kononnya menguruskan sampul-sampul surat penting sama ada untuk dihantar ke RM atau diambil dari RM - 24 jam sehari, 7 hari seminggu sering menjadi tanda pertanyaan


Dato' Ainon Mohd, bekas wartawan NST yang juga anak didik Datuk Kalimullah Hassan (Agen Perisik Singapura yang juga merupakan Penasihat KJ dan tokoh punca kecelaruan pentadbiran BN di bawah Pak Lah) sekarang ini adalah Setiausaha Akhbar TPM. Ainon adalah sahabat karib Wan Ahmad Shihab yang sering memberitahu semua orang bahawa beliau mendapat mandat serta kuasa dari RM. Selain dari menerima gaji dari TPM, Ainon secara senyap-senyap juga menerima gaji lumayan dari RM. Tugas Ainon adalah untuk memantau dan memastikan setiap pergerakan Muhyiddin Yassin dan isterinya, Norainee tidak melangkah bendul.
Jarang-jarang kita lihat bekas Setiausaha Akhbar menteri-menteri lampau diambil bekerja. Tapi dalam hal ini, Ainon sebenarnya pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada dua pemimpin lain sebelum ini – antaranya adalah Datuk JJ dan mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebagai Setiausaha Akhbar JJ, beliaulah yang telah berpecah kepala untuk menutup kes JJ yang dituduh meraba punggung pelayan wanita di Hilton, KL pada tahun 2008. Kejayaan menutup kes JJ itu memberi peluang kepadanya untuk menuntut darjah " Dato' " atas cadangan JJ kepada Sultan Pahang.
Ainon juga pernah setia berkhidmat di bawah KJ untuk lebih setahun dan sekali lagi berperah keringat mempertahankan kedudukan Pak Lah agar tidak digulingkan di fasa setahun terakhir pentadbirannya sebagai PM.
Disebabkan rumahtangga yang bertambah retak dan komitmen untuk membiayai kereta dan rumah mewah, Ainon sentiasa sebenarnya telahpun meludah kahak pada boss nya seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini dengan boss-boss terdahulu. Sekarang ini juga Ainon sudahpun setuju menurut perintah RM untuk memberi laluan kepada Zahid Hamidi dan Hishamuddin sebagai TPM baru 2012.
Pengalaman negatif yang dibawa Ainon dari pejabat dua menteri terdahulu dipantau rapat oleh rakyat. Terutamanya dalam majlis-majlis terbuka, Ainon yang ditugaskan menjaga PR sebaliknya mempamerkan tabiat buruk kelakiannya yang suka menghisap rokok di khalayak ramai dan berlaga pipi mulut dengan lelaki apabila bertemu sekalipun sudah berumur lanjut, bersuami dan beranak ramai. Ini yang membuat rakyat terasa nak muntah melihatkan tingkahlaku buruk Setiausaha Akhbar TPM itu.