Tuesday, August 10, 2010

Rapat Anak Muda PKR gerakan baru AMK...

Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin kini sedang giat menjalankan gerakan baru untuk mengumpul dan mencari penyokong baru PKR, khususnya golongan muda, agenda baru ini bagi mengantikan program2 yang tardahulu yang di lihat kurang berjaya menyakinkan generasi muda untuk menyertai perjuangan PKR...Menurut maklumat yang di terima dari geng2 PKR Johor, Rapat Anak Muda AMK ini hanyalah program untuk kepentingan politik Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk mendapat tempat dalam kepimpinan PKR pusat pada pemilihan PKR yang akan datang. Namun menurut mereka asas perjuangan dan idologi yang di terapkan dalam program ini tetap sama di mana Keadilan terhadap Pemimpin PKR iaitu DSAI perlu di perjuangkan.AMK kini dilihat semakin lemah dan terpaksa menjalankan program2 yang lebih kepada Khidmat Masyarakat. Sistem penyaluran maklumat AMK kian hari kian pincang dan banyak pengendali2 blog AMK sudah beralih arah. Kini nampaknya AMK terpaksa mencari pelapis2 baru bagi tujuan membina kembali kumpulan Bloger2 Mereka....lihat lah sahaja kehadiran yang datang pada sesi Rapat Anak Muda di Sempang Renggam sambutan yang di terima amat memilukan ....


Monday, August 9, 2010

Chua Jui Meng kini jadi PENIPU MELAYU...dan Anti Melayu..

Hakikatnya Datuk Chua Jui Meng yang pernah berada di dalam barisan kepimpinan BN dan pernah memegang jawatan Menteri di dalam Kabinet Kerajaan BN adalah seorang "PENIPU BESARKEPADA ORANG2 MELAYU" yang mana hari ini kulit Datuk Chua Jui Meng yang sebenar telah terserlah yang mana beliau secara terang2an meminta kerajaan Malaysia di bawah BN mengumumkan apakah HAK-HAK KEISTIMEWAAN BANGSA LAIN, menurut beliau jika Hak Keistemewaan Bumiputera telah termaktub di dalam perlembagaan selama 53 tahun maka hari Kerajaan sewajarnya menyatakan apa pula HAK-HAK KEISTEMEWAAN KAUM LAIN.....
Datuk Chua Jui Meng yang kini telah di lantik menjadi Pengerusi PKR Negeri Johor nampaknya telah berani mempersoalkan Perlembagaan Negara...maka memang Benar lah kata orang Datuk Chua Jui Meng sebenarnya bukan menjadi Pengerusi PKR Johor tetapi telah menjadi Agent yang di reka oleh DAP untuk memastikan agenda penghapusan hak-hak bangsa Melayu...hari ini jelas Datuk Chua Jui Meng sebenarnya anti Melayu...... Ada di kalangan hadirin (Orang Melayu) yang turut hadir tersentap bila terdengar Datuk Chua Jui Meng berani meminta sedekian rupa...rungutan orang2 Melayu di luar majlis kedenaranya tidak berapa puashati dengan kenyataan Datuk Chua Jui Meng terhadap hak2 Kaum Bumiputera, melaui temubual dengan beberapa rakan2 melayu PKR dan PAS mereka meluahkan kekesalan terhadap kenyataan Datuk Chua Jui Meng ini....

Program Majlis Makan Malam Bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah yang telah di anjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah tidak mendapat sambutan yang di jangkakan (hanya sekitar 100 orang yang hadir) jangkaan mereka adalah 500 orang, kelihatan hanya pengikut2 tegar DAP, PAS dan PKR sahaja yang hadir....program ini juga tidak mendapat halangan dari pihak POLIS, hadir sama pada majlis ini ialah Ybhg. Datuk Zaid Ibrahim,Yb.Dr Dzulkefly Ahmad dan Prasiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah ...Kepada Rakan2 Melayu PKR dan PAS sedarlah bahawa Pengerusi PKR Johor adalah seorang Pemimpin yang hanya mementingkan Bangsa lain dan membawa idologi politik DAP....balik lah kepangkal jalan ...wahai anak2 bangsa ..






Wednesday, August 4, 2010

Selamat hari Kemerdekaan ke 53

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA kita dapat mengecapi satu kehidupan yang harmoni, aman makmur dan sejahtera hari ini walaupun negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti melayu, cina, india dan lain-lain serta mempunyai pelbagai budaya dan agama.
Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini adalah hasil usaha gigih pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Oleh itu, kita sebagai generasi baru hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini.
Tanpa kita sedari, kini kita sudah berada di dalam bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair yang tercinta. Seperti biasa apabila tibanya bulan ogos, satu tema dicipta setiap tahun bagi Sambutan Hari Kemerdekaan sesuai dengan matlamat dan halatuju negara.
Sehubungan dengan itu, tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan mulai 1 Ogos hingga 16 Sept ini.Walau apa pun pengisian yang bakal di terjemahkan nanti matlamatnya adalah untuk menerapkan nilai-nilai patriotisme Rakyat Malaysia terhadap Tanah air yang tercinta ini. Nilai2 patriotisme sebenarnya adalah kunci kepada PERPADUAN seluruh Rakyat Malaysia tampa mengira Agama, bangsa dan fahaman politik. jika nilai2 patriotisme ini tidak dapat di hayati oleh sebilangan Rakyat Malaysia maka sudah pastinya mereka2 inilah yang akan menjadi "Duri dalam Daging" yang akan meranapkan sama sekali PERPADUAN Rakyat Malaysia serta akan menghuru-hara kan Kestabilan Negara.Marilah kita hayati tema-tema yang terdahulu ....
Tahun
Tema
1970
Muhibah dan Perpaduan
1971
Masyarakat Progresif
1972
Masyarakat Adil
1973
Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975
Masyarakat Berdikari
1976
Ketahanan Rakyat
1977
20 Tahun Bersatu Maju
1978
Kebudayaan Seni Perpaduan
1979
Bersatu Berdisiplin
1980
Berdisiplin Berbakti
1981
Berdisiplin Berharmoni
1982
Berdisiplin Giat Maju
1983
Bersama ke Arah Kemajuan
1984
Amanah Asas Kejayaan
1985
Nasionalisme Teras Perpaduan
1986
Bangsa Tegas Negara Teguh
1987
Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989
Bersatu
1990
Berjaya
1991
Wawasan 2020
1992
Wawasan Asas Kejayaan
1993
Bersatu Menuju Wawasan
1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995
Jatidiri Penggerak Wawasan
1996
Budaya Penentu Kecapaian
1997
Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999
Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006
Keranamu Malaysia
2007
Malaysiaku Gemilang
2008
Perpaduan Teras Kejayaan
2009
1Malaysia-Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiutamakanTema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”.Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan khibarkan lah Jalur Gemilang menandakan anda adalah rakyat Malaysia yang ada nilai2 patriotisme.......